Quantcast
Channel: Fatihah Fazlin
Viewing all 286 articles
Browse latest View live

Menjawab Persoalan Kenapa Perempuan Lambat Bersiap..

$
0
0
Assalamualaikum...

Menjawab Persoalan Kenapa Perempuan Lambat Bersiap | Hi korang! Happy sunday ya. Ai is kerja, so sunday ke saturday ke monday ke sama je. Takde makna pun. Takpe, mak pesan keje jela kalau mampu angkat badan. Alhamdulillah masih mampu, cuma penat sikit je. Alah, kalau tak nak penat goyang kaki kat rumah je lah.

Okey berbalik pada tajuk gempak petang ni, Menjawab Persoalan Kenapa Perempuan Lambat Bersiap. Gempak sangat kan? Betul ke perempuan kalau bersiap, lambat? Lambat sangat ke sampaikan si lelaki penat menunggu. For me, personally.. yes! yes! and yes! Perempuan/gadis/wanita memang lambat bersiap untu ke mana-mana. Even nak pergi sidai kain kat luar rumah pun masih berkira-kira nak pakai tudung instant mana satu. 




Bagi lelaki kat luar sana, nak tahukenapa perempuan lambat bersiap.?Meh baca sini nik akan kongsikan beberapa sebab.

Pertama. Banyaknya baju/pakaian dalam almari buat perempuan rasa 'takde' baju lagi untuk di pakai. Masa ni, perempuan akan termenung lama depan almari sampai berlalunya masa setengah jam. Nak pakai apa hari ni adalah satu masalah besar buat perempuan. Itu sebab perempuan ni complicated.

Pakai bedak terlebih tebal. Ini jawapan paling susah nak terima kan? Tapi itulah hakikatnya kenapa kaum adam terutamanya ayah ayah terpaksa tunggu si ibu sejam dua. 

Bab make up ni memang akan jadi tumpuan utama perempuan kalau nak keluar. Selagi maskara tak keras elok, tak leh nak pakai tudung. Bab tudung pulak macam mana nak lilit. Style neelofa ke style Heliza? Ke nak pakai macam Yuna? Pening! Masalah dalaman orang panggil dan perempuan tak mampu dan tak boleh nak elak benda ni.

Tu tak masuk lagi nak fikir tudung biru sesuai tak dengan baju hijau. Bedak terlebih tepek hal lain lagi. Eye liner panjang sebelah 0.0000092 inci. Masalah. Gincunya pulak warna tak sesuai dengan make up. Merah terlampau menyerlah, Nude colour macam mayat pulak. Sejam habis depan cermin. Aduh. 

Lagi klise perempuan ni dia ambil berat pasal segala mak nenek nak cari kunci bilik kunci dapur kunci grill la, nak matikan suis elektrik la nak tutup segala pintu rumah. Logiknya, takkan nak tinggal rumah macam tu aja kan? Orang lelaki jarang kot kisah pasal ni.

Nah kaum lelaki, fahamlah kamu. Wanita ni complicated. Tapi menyenangkan. Jangan salahkan perempuan kalau mereka lambat bersiap lagi eh sebab Girls always feel insecure ! Percayalah ! 

Dah faham kan Kenapa Perempuan Selalu Lambat Bersiap? 

So..

Selamat memahami jiwa wanita. :)










Bayam Goreng Berkuah

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..



Bayam Goreng Berkuah 


Huaaaa.. Gedabak besar tempek gambar makanan. Tak ke lapar. Haihh. Gambar lama ni, dah berminggu up kat instagram tapi baru hari ni sempat nak update dan share kat blog. Always lambat khenn. Makanan pun dah basi.

Tak nak lah cerita panjang, Jom Buat Bayam Goreng Berkuah sama-sama. Sesuai untuk makan tengahari atau dinner. Tapi nik, subuh subuh pun boleh. HAHAHA. Ni resepi sukahati je tau, tapi boleh tahan. Tapi kalau tak sedap pun tolan ajolahhh..


Bahan-bahan: 

Bayam hijau ofkos!
Ikan bilis
Cili padi 3 tangkai
Cili besar 1 tangkai
Bawang Putih seulas
Bawang Merah seulas
Sos tiram
Minyak 
Secawan air
Garam gula secukup rasa yawww..



See... bahan-bahan untuk buat Bayam Goreng Berkuah ni tak susah nak cari pun.. Bahan yang paig basic dan simple. Mudah seperti Abc. Menu macam ni sesuailah bagi kita kita yang bujang..yang tak pandai masak.. dan malas nak masak. haha. 

Cara nak buat pun senang jugak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris. Masukkan sos tiram, ikan bilis,cili padi, air dan garam serta gula secukupnya. Agak agak dah nak mendidih masukkan cili besar. Cili besar ni lebih kepada hiasan sebenarnya. hehe. Lepastu masukkan bayam. Kacau sekejap, then masak. Boleh hidang! 



Maka siaplah Bayam Goreng Berkuah. Cepat dan pantas kan?


Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com

$
0
0

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 April 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #14 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...






Warna Tema Baju Raya Tahun 2015

$
0
0
Assalamualaikum.

Warna Tema Baju Raya Tahun 2015 | Raya dah nak dekat, tak lama dah lagi. Kurang dua bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan, so raya  dalam tiga bulan lagi lah kan? Sepanjang pemerhatian nik, kebanyakkan tailor baju raya akan close order/tempahan menjahit dorang bulan lima. Fuhhh..Nik sendiri belum buat baju raya. Kain pun belum pilih lagi. hahaha. 

Tak sabar nak sambut Raya, tapi kena ada baju raya dulu. Tertanya-tanya jugak untuk tahun 2015 ni apalah agaknya Trend warna tema baju raya yang menjadi pilihan ramai ye? Macam kita tengok tahun-tahun lepas, mesti ada trend warna kan? Yang menjadi favourite ramai.

Macam tahun lepas kalau tak silap nik warna royal Blue dan Purple menjadi pilihan banyak keluarga. Menggayakan pakaian sedondon. Memang nampak kemas dan cantik! Kalau korang ingat, baju raya Aaron Aziz dengan family tahun lepas warna royal blue. Cantik sangat okeyy. Nik berkenan abis! Haha. Tapi, nik tahun lepas tak dak baju raya. Balik kampung sehari sebelum raya, pusing satu Kota Bahru..tapi baju yang sesuainya yilekkk.




Dan..setelah kajian dari pembacaan yang nik buatsedikit sebanyak semalam(over), nik rasalahkan tahun ni Warna Tema Baju Raya yang bakal menjadi pilihan ramai adalah warna pastel atau mungkin juga warna tanah. Boleh bayang dak kemeriahan tahun ni dengan warna warna pastel di rumah sedara mara anda.


Bila nik tanya kawan nik pulak, katanya tahun ni mungkin warna Burgundy dan Oren akan menjadi pilahan ramai. Nak tahu warna burgundy tu macam mana? Ha tengok kat gambar bawah ni. Koleksi sweet lagi cantik dari Sweetmuslimah.com. Warnanya nak kata unggu pun boleh, nak kata maroon pun boleh.


http://www.sweetmuslimah.com/ekedai/koleksi-jubah-cotton


Kalau rasa ada yang berminat nak dapatkan koleksi dari Sweet Muslimah, korang boleh la terus ke web sweet muslimah. Kat sana macam-macam koleksi lagi ada ya.







Bagi nik sendiri, mungkin akan pilih warna seperti baju di atas untuk Raya 2015 ni. Warna cream atau kuning cair. Insyallah. Kalau boleh nak sedondon semua mak abah dan adik beradik. hahaha.


Warna-warna lain pun menarik sebenarnya. Kalau kena gaya si pemakai.  Kalau jenis yang tak suka warna baju raya korang sama dengan warna orang lain, kena fikir sedikit kelainanlah. Cari warna-warna yang jarang orang guna untuk baju raya. Hitam ke. Merah ke. Warna chololate ke. Kan.

So, apa tema warna baju raya korang ya? Sudi sudikanlah share kat sini. :)





IM A BIG GIRL !

$
0
0
Assalamualaikum.

Happy Wednesday
And Happy Wordless Wednesday.

Selalunya kalau Wordless Wednesday, orang(para blogger sekalian alam la kan, siapa lagi) tak taip entry panjang-panjang. Tulis dua tiga patah, dah bye. Hahaha. Nik pun pernah. Tapi hari ni nak tulis panjang sikitlah. Menandangkan diri tengah rajin kan.


IM A BIG GIRL LAH! 




I'm a big girl now.
I'm a big girl now
I want to be handled like a big girl now
I'm tired of being babied like a kid of three
I'm tired of having chaperones to follow me
I want to have some secrets in my diary
I'm a big girl now
I'm a big girl now


Tetiba ingat satu lagu omputeh..ohoohoo


Who say a big girls don't cry?? Big girls lah yang akan menangis dah akan selalu menangis. Korang akan pelik bila dia tak menangis.


ps/: kata nak tulis panjang, tapi pendek jugak hasilnya.


RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR

$
0
0
RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم



Surah al-kautsar adalah surah yang paling pendek dalam banyak-banyak surah. Surah ini hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Allahuakbar.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."





Sardin Gulung Dari Mak

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM.

Hi korang!

Sardin Gulung Dari Mak | Bulan April ni asyik buat entry pasal makanan je kan? Maaflah ye, tak tahu kenapa simptom mak mak muncul. Asyik nak masak je. Lepas tu update kat blog dan Instagram.  Dah macam tabiat bulan April. Adakah kerana April bulan GST, jadi memasak di rumah itu harus. Jimat. Pergi kerja pun bawak bekal okey. Sehari boleh jumat RM 5-10. 


Sardin Gulung ni bukan mak buat, nik yang buat sendiri. Tapi resepi asalnya memang dari mak lah. Mak kita pandai buat kuih muih tradisional kelantan. Kalau bulan puasa, kaya dengan kuih muih kami adik beradik, lagi lagi kalau mak rajin buat. 


Inti Sardin gulung.



Mari kita mulakan cara nak buat inti sardin gulung dulu ye kawan-kawan. Bahan-bahannya tak banyak. Kita cuma perlukan ikan(sama ada nak rebus atau goreng terpulang, nak guna ina sardin pon boleh), cili boh/cili giling/, secubit garam dan 2 biji bawang besar dipotong dadu(tapi nik punya tak potong dadu sangat). 

Tumbuk ikan dalam lesung batu. Jangan bagi ikan tu hancur sangat ye. Lepas tu masukan cili boh, garam dan bawang besar. Tumbuk sekali lagi nak bagi semuanya sebati. Kalau nak pedas, boleh letak cili padi. 


Adunan untuk menggulung


Adunan untuk menggulung pulak, kita cuma perlukan tepung gandum, majerin dan air secukupnya. Nik punya hari tu buat sikit je, dalam 400g gandum, majerin satu sudu dan air 2 gelas.

Biarkan adunan dalam dua tiga jam. Ada yang kata kena tutup adunan dengan tuala dapur. Nak kasi adunan tu tak keras sangat.

Nak buat adunan kena masukkan tepung gandum dulu, lepas tu majerin. Kacau dua benda ni sehingga betul-betul sejati, baru boleh masukkan air. Carik adunan dan gentel supaya menjadi bentuk bulat. Senang nak leperkan untuk digiling nanti.  

Masa giling tu, gilingkan kasi bujur sikit ye. Lepastu boleh letakkan inti dalam satu sudu macam tu. Kalau korang rasa gulungan tak melekat,boleh gunakan telur sebagai pelekat. Tapi nik punya melekat elok. hahaha. Jimat telur. 


So, inilah dia rupa bentuk sardin gulung yang belum siap digoreng.



Sardin gulung yang dah siap goreng

Nik kalau menggoreng tak pernahnya tak hangit. Mohon maap ye kengkawan. Rupa tak cantik sangat sebab hangit. hahahaha. Tapi rasa, insyaallah tak teruk. kekeh. Pada yang teringin nak mencuba sardin gulung versi orang kelantan, boleh lah try resepi ni ye. hehehe. 

Tapi jangan goreng hangit macam ai tau! 


12 Waktu Mustajab untuk Berdoa

$
0
0

ASSALAMUALAIKUM..


12 Waktu Mustajab untuk Berdoa | "Doa senjata umat Islam. Nak minta, nak pergi, nak balik, nak naik, nak turun, nak apa sekalipun mintak dengan Allah. Mintak sungguh-sungguh. Insyaallah kalau niat kita baik Allah akan makbul. Lambat atau cepat jangan di soal. Kita buat kerja kita, Allah akan bantu." Ni antara kata-kata ustazah sekolah nik dulu. Lebih kepada nasihat. 



Doa adalah senjata.

Tertarik nak share dengan pembaca blog ni pasal waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa. Kat sekolah dulu memang ada ustaz utazah ada cerita kan? Tapi lupaaa.. haaa. Meh refresh balik ye.

Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda yang artinya : “Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan baran1gsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”  (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150).

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahwa dia mendengar RasulullahShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya:
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pafa saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”(Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17).

Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, beliau menjawab:
Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai [dubur shalat, yg benar mungking penghujung shalat, bukan selesai shalat. krn syaikhul islam menegaskan Nabi tdk pernah berdoa setelah shalat] shalat fardhu” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Sesaat Pada Hari Jum’at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Abul Qasim Shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda:
Sesungguhnya pada hari Jum’at ada satu saat yang tidak bertepatan  seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut” (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6)
Waktu yang sesaat itu tidak bisa diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203.
Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai shalat Jum’at atau hingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

Pada Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari ‘Amr bin ‘Anbasah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya” (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari (An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksud dengan “ta’ara minal lail” yaitu terbangun dari tidur pada malam hari.

Doa Diantara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda.
Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah” (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

Doa Pada Waktu Sujud Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda.
Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)
Yang dimaksud adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan.

Pada Saat Sedang Kehujanan

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda.
Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami‘ No. 3078).
Imam An-Nawawi berkata bahwa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak dikarenakan pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

Pada Saat Ajal Takziah

Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya kemudian bersabda:
Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya’. Semua keluarga histeris. Beliau bersabda : ‘Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan” (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

Pada Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya:
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar“. (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani berkata bahwa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

Doa Pada Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari kakeknya bahwasanya NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta’liq alal Misykat 2/797 No. 2598).



























Jom sama-sama kita manfaatkan pengetahuan ni. Sayang kan? Selama ni kita jarang praktis benda ni, tak cakap kat korang.. nik pun sama. Terima kasih kepada Muslimah.Or.Id kerana berkongsi ilmu. 


12 Waktu Mustajab untuk Berdoa 




The Avengers: Age of Ultron

$
0
0
Assalamualaikum..


The Avengers: Age of Ultron | Berberapa hari lepas nik sempat lah tengok wayang cerita yang tengah panas meletop The Avengers: Age Of Ultron. Fuhh.. Kemain la semangat nak tengok sebab kawan-kawan pun dok kata best. Jadi, nik ikut depa. huuuu. Lagipun ada Hulk dan Captain Amereika.



Macam yang korang tahu, The Avengers ni diadaptasi dari komik Marvel bertajuk Avengers. Bagi penggemar cerita Marvel, filem ni dalam katogeri wajib tengoklah ye. Tapi dalam filem kali ni, ada watak baru iaitu watak kembar lelaki perempuan yang mempunya keistimewaan yang pelik dan tersendiri. 

The Avengers : Age of Ultron ni bermula dengan kisah sebuah human error yang dilakukan oleh Tony Stark terhadap program yang terlampau canggih yang mana dirancang untuk menjaga keamanan. Program ini di namakan Ultron. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, Ultron menjadi "lain" dan bertindak memusuhi manusia termasuk orang yang menciptanya, Stark. Kiranya Ultron ni berpaling tdah leerr.

Hero-hero popular seperti Iron Man, Captain America, Thor, The Incredible Hulk, Black Widow dan Hawkeye terpanggil untuk kembali bergabung menghadapi ancaman terbesar di bumi. Mereka ini menjadi harapan untuk menyelamatkan dunia.

Dengan kemunculan Ultron yang bertujuan mengancam, bumi hanya mampu meletakkan harapan kepada The Avengers kerana hanya Avengers yang mampu mematahkan dan menghentikan misi jahat Ultron. Kat sinilah pelbagai aksi kejam, aksi ganas muncul. 

Tapi sayangnya, nik tertidur 45 minit sebelum cerita habis. First time tidur dalam panggung okeyyy. Tak pasti sebab cerita ni bosan atau nik yang tak faham ceritanya. Mungkin sebab tak tengok sekuel yang sebelum ni kot. Maklumlah sebelum ni tak minat sangat cerita macam ni. kwang2. Setahun dua ni je yang rasa excited nak tengok cerita ni. 

Tapi bagi nik, permulaan cerita ni best la walaupun mengantuk, apatah lagi ambe tengok yang midnight punya. Ending pulak yang blurr.. tak tahu lagu mana sebab tidur. Menyesal jugak tido. Haish. Tapi Pak Cik Thor memang Thorbaikkk.. Lawak pulak dia dalam ni. Mengekek ambe ketawa. 

Lepas ni kena tunggu sekuel Avengers yang seterusnya la pulak kan? Katanya akan ada Avengers: Infinity War Part I  pada 4 Mei 2018 dan Avengers: Infinity War Part II pada 3 Mei 2019. Tak sabar okeyy..



Blogger & Blogwalking

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Hi Semua..

Bulan ni dengan bangganya nak umumkan entry dah lebih 20.. hahahha.. bangga okey.. tapi tak nak riak. Ye. Bukan sonang den nak menulis kant sini walaupon eden suko menulis! Cinta eden memang dalam bidang penulisan bukan bidang perakaunan. Erk. 




Jangan korang tak tahu..  Menulis bukan sekadar nak menulis.. passion tau dak.  Tambah lagi bila dah jadi blogger. Sana sini orang dok kutuk blogger.. Blogger Copy and paste lah. Blogger ciplak gambar la. Blogger tulis entry murahanlah. Artis pun ada tak berkenan dengan blogger gosip yang menulis tanpa sumber yang sah. Alah. Bukan saja artis..den pon tak suko aih..  Nak menulis.. tulis apa yang kita tahu.  Kang kena saman tak pasal-pasal kan. Gosip gosip artis tu semua bagi nik, tak yah la. Dan blog ni free dari sebarang gosip ye kawan kawan. Heerr.. 

Panjang pulok mukadimahnya. 

Padahal nak cerita pasal blogwalking je pon. Kahkah. Dah lama tak blogwalking sebenarnya. Singgah kat blog yang ada entry baru je.. yang keluar kat dashboard je. Tu pon kalau terbaca tajuk yang menarik. Aihhh.. rasa macam tak best je. Sebab blogger dan blogwalking tak leh berpisah. Apa lagi kalau blogger suam suam air teh macam nik ni. 

Rugi tau dak kalau tak blogwalking ni. Effectnya pada blog kita lah. Kalau kita blogger famous macam MR BEN ASHAARI ke DR FATIN LIYANA ke lain lah kan. Tak blogwalking pon orang akan singaah blog kiTa. 

Alangkah indahnya kalau diri ini rajin untuk kembali ber blogwalking. Bagi yang rasa malas nak blogwalking macam nik, meh kita refresh balik kenapa harus dan pentingnya kita berblogwalking ni. .. kasi motivate balik minda kita..

Tambah Pengetahuan

Membaca kan jambatan ilmu. Lagi banyak menbaca lagi banyak ilmu yang akan kita peroleh. Singgah ke laman blog orang laon mungkin dapat tambah sedikit sebanyak pengetahuan kita. Tak kiralah pengetahuan tu jenis yang macam mana. Tapi kalau yang ilmiah lagi elok la kan. Macam nik, nik suka baca blog iluvislam tu.. Wajib singgah la tiap hari. Blog ustazah fatimah syarha pun antara yang wajib jugak. Yang lainnya ada lagi.. malas pulak nak senarai. Kat bloglist nik tu memang dua hari sekali nik singgah. Cuma sekarang nak kukuh dan perluaskan lagi ke blog blog di luar kotak! Eh. 

Tingkatkan Jumlah Pengunjung Blog

Bila blogwalking kena tinggalkan jejak.. tinggalkan komen yang menarik dan jujur serta ikhlas dari hati yang paling dalam. Benda ni akan menarik owner blog tersebut, serta pembaca blognya berkeinginan untuk kenal siapa kita. Jangan lupa untuk sertakan link blog kita jugak.. senang orang nak cari. Gitew.


So apalagi wahai blogger blogger sekalian.. moh la kita sama sama rajinkan diri blogwalking. Menyokong sesama blogger. Eh.. dah macam wakil rakyat pulak.  Betul kata otai, bukan mudah kita nak naikkan blog kita... kalau malas, jangan pernah kita nak berharap apa-apa. Diri sendiri... mohon rajin! 






Best Sangat Ke Jadi Blogger?

$
0
0
Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam rancangan tulis menulis ya. Kali ni dengan tajuk panas meletop semeletop nabil dan neelofa, Best Sangat Ke Jadi Blogger? Gempak kan tajuk nik hari ni? Jangan tak tau..nik tak tahu nak apdate ape kat blog, jadi tadi ni jalan-jalan la kat 50 blog bertuah. Kahkah. Bertuah la sangat. 


Ada yang nik dah follow, datang singgah say hai jela.. yang ni tak follow, nik follow dan godek-godek entry pertama korang. Lawak okey. Mohon jangan balas dendam. hehehe Acara jalan jalan kat blog korang hari ni terjadi dengan dorongan daripada entry BLOGGER & BLOGWALKING.


Okey melalut banyak! 


Korang sebagai blogger? Rasa rasa best ke korang jadi blogger? Best yang so so ke best yang gempak? Nik rasa nik kat tengah tengah. Sebab suka menulis i'm here. Sebab suka membaca i'm still with this blog. Banyak lebih dan kurangnya. Tapi sekali dah jadi blogger, blog akan jadi keutamaan daripada nasi ayam kat dapur. Bila dah jadi blogger, kalau entry takdak yang baru korang akan rasa bersalah sampai tak lena tidoq. Inilah blogger. Dan inilah nik. Serius! 


Tanya hati, kenapa nak jadi blogger?


Nik tak boleh cakap, jadi blogger ni best yang teramat. Sebab kadang kadang ada juga rasa macam.. humm.. boringnya nak update blog.  Tapi nik boleh cakap, yang seorang blogger akan jadi best bila korang faham apa itu blog, apa itu blogging, apa itu blogger!


 Tak perlu nak famous untuk orang berkunjung ke blog kita sebab apa yang kita sampaikan, kalau dari hati, insyaallah akan ada yang singgah. FAMOUS itu satu bonus.Cantik/hensem/comel/kacak tu satu bonus yang lagi besar.


Dan nik tak akan sesekali cakap jadi blogger tu tak best. Sebab? Dengan berblogginglah nik dapat ramai kenalan. Dari kenalan maya, sampailah jumpa dan makan-makan. Benda ni nik rasa tersangatlah bermakna. Kawan dalam dunia maya jauh bezanya dengan kawan kat sebelah yang kita ada sekarang. 

Jadi blogger dengan identiti kita sendiri bak kata otai. 


Korang pulak macam mana? Setakat ni best tak bergelar blogger?


Jubah & Pakaian Muslimah Murah di OrkedbyNik

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM.



Jubah & Pakaian Muslimah Murah di OrkedbyNik  | Sekarang ni, nik perhatikan ramai yang dah mula berjinak-jinak mengayakan jubah pakaian lain yang lebih sopan. Pelbagai fesyen jubah yang cuba diketengahkan oleh peniaga terutamanya menerusi atas talian.


Yang terbaru, Jubah Sequin yang tengah hangat di pasaran. Sana-sini orang menggayakannya. So, nik rasa setiap gadis, atau wanita patut memiliki sepasang jubah. Tak kiralah, jubah abaya ke, jubah sequin ke, jubah cuttingA ke jubah biasa ke.


Tapi bila nik survey kesemua jenis jubah ni, harganya pun memang boleh tahan. Biasalah. Kos kain pun berapa dah kan? So kita sebagai pembeli tak boleh nak merungut sangat melainkan harga tu melampau mahalnya. 







Nik nak kenalkan korang dengan satu instashop yang insyallah trusted seller yang menjual pelbagai Jubah & Pakaian Muslimah dengan harga yang berpatutan.


Dekat instagram ORKEDBYNIK ni korang boleh shopping pelbagai jenis jubah yang cantik dan terkini. Selain itu, ada juga pakaian lain seperti blouse dan seluar palazo. 


Apalagi.. bagi penggemar shopping online, jemputlah singgah di Orkedbynik dan dapatkan jubah di situ... Nak order boleh wasap terus kat no 0198301196.





1 MAY 2015

$
0
0
ASAALAMUALAIKUM...




Holla May. Hahaha. Gigih curi masa nak update entry pasal bulan May. Hishhh. Mana taknya banyak benda happy selalunya berlaku kat nik bulan May. Salah satunya hari jadi nik lah.. Lambat lagi.. kekekeke. Hari ibu..Hari "aniversarry".. hari guru dan banyak lagilah.

Hari ni 1 May, hari buruh. Sempatlah kiranya nik ucapkan selamat hari buruh untuk semua yang bergelar pekerja. Selamat bercuti. Selamat balik kampung. Katanya kat kelantan jalan jem tadi. HAAA.. Macam tak biasa kan orang kelantan. Cuti panjang biasalah.

Tapi.. hari ni hari buruh, yang lain semua cuti.. nik terpaksa kerja macam biasa. Orang kata kerja syift macam takdak life kan? Hmm. memang pun, tapi takdak lah teruk sangat. Life tu ada, cuma tak berapa nak happening. hahaha

So, korang ceritalah, 1 MAY korang diisi dengan apa?




Risiko Kerja Syif

$
0
0

Assalamualaikum..

Risiko Kerja Syif | Nik ada terbaca pasal risiko kerja syif dekat harian metro. Dah lama entry dalam draf. So hari nak share dan bincanglah. Nik terpaggil buat entry ni sebab nik sendiri kerja syif dah dekat 2 tahun, and i know betapa sakitnya mata nak menahan tidur terutamanya jam 4- 6 pagi. 10 jam tanpa tidur waktu malam ! Lawan fitrah manusia normal. Lawan arus. Rasa-rasa macam mana?






Opss.. Entry ni bukan nak merungut ke apa. Just nak berkongsi ya. 

Antara kajian yang dilakukan oleh beberapa negara seperti di Institut for work and health Toronto ,Kanada; Ketika kita bekerja syif dimana adalah pada waktu anda rehat/tidur, secara tidak langsung menganggu jam biologi manusia. 


1.Sepuluh  peratus daripada pekerja syif akan mengalami masaalah tidur,insomia,mengantuk dan kesukaran untuk terus berjaga di tempat kerja.
Cara mengatasi iaitu ..tidur adalah pekara utama,maka hilangnya waktu tidur pada waktu bekerja harus diganti pada siang hari..beri ruang pada diri anda untuk tenang dan gelap serta hindari kafien,senaman berintensiti tinggi dan akohol .


2.Pertambahan berat badan
Ketika bekerja di sebelah malam adalah cenderung seseorang itu mengambil makan berkalori tinggi meningkat..Pertambahan berat badan mendorong kepada massaalah kesihatan seperti risiko penyakit NCD..darah tinggi,diabetes dan jantung.

Cara mengatasi..membawa makanan daripada rumah sebagai bekalan,elakkan makanan ringan,contoh seperti kopi dan kek kerana meningkatkan insulin dan pertambahan berat badan.


3.Cenderung mengalami kecerderaan
Menurut pakar daripada pusat perubatan sleep dan human performance ,Calgary. 50 % kecenderungan pekerja syif malam mengalami kemalangan dan kecelakaan.

Cara mengatasi..Dapatkan bantuan rakan setugas disaat melakukan kerja yg berisiko tinggi kerana jika anda berasa sangat letih rehat sebentar untuk pulih kan tenaga..

4.Berisiko untuk kehamilan.
Bagi mereka kaun wanita yang bekerja syif malam ganguan 85% akan berlaku lebih dripada pekerja normal,kecenderungan untuk pramatang ,kekurangan berat bayi dalam kandungan..

Cara mengatasi..jika anda hamil..perhatikan kecukupan waktu tidur danberat badan anda supaya stabil.Jumpa pakar jika mengalami masaalah tidur dan kesukaran tidur serta berbincang dengan majikan untuk ditempatkan sementara pada syif normal.


5.Berisiko untuk mengidap penyakit kanser.
Menurut sumber daripada US Nursing Health study,perempuan yang bekerja syif malam untuk beberapa tahun menyumbang kepada peningkatan penyakit kanser dan memiliki risiko kanser payu dara,usus besar,dan endometrium.para penyelidik percaya ia ada kaitan dengan peningkatan melatonin didalam tubuh.

Cara mengatasi..apabila anda mengakami bejerja syif beberapa tahun ,anda boleh berbincang dengan pakar perubatan untuk pengambilan suplemen melatonin.Lazimnya diambil oleh mereka dengan pengawalan pakar perubatan untuk membantu mengatasi masaalah ini.

Sumber: Sini

Bagi yang kerja syif, ada cara untuk kita kekalkan cara hidup yang lebih sihat.. Insyaallah, tak memudaratkan sangat. Lebih baik kita cegah dulu kan sebelum parah. Takut jugak nanti, sebab nik pernah baca mereka yang kerja syif ni, lebih cenderung untuk ada masalah mental. Gerun kan? 

Jadi, jom praktikkan !

- Orang dewasa memerlukan tidur nyenyak selama tujuh hingga sembilan jam sehari. 

-Individu yang bekerja malam disarankan terus tidur sebaik sampai ke rumah.

-Padamkan semua lampu supaya anda tidur dalam keadaan gelap seperti waktu malam. 

-Thorpy mencadangkan supaya anda memakai cermin mata kekuningan atau jingga ketika memandu balik bagi mengelakkan cahaya biru daripada memasuki mata dan boleh menyebabkan anda terus berjaga sampai pagi. 

-Biarkan cahaya matahari membantu menyelaraskan jam tidur biologi anda. Bagi kebanyakan orang, cahaya matahari pada waktu pagi sangat penting. Bagi yang bekerja syif malam, cahaya terang pada waktu petang akan mengubah jam biologi mereka secara semula jadi. 

-Pastikan bilik tidur anda gelap, sejuk, selesa dan sunyi. 

-Elakkan minum minuman mengandungi kafein, alkohol dan keadaan tegang sebelum tidur. Alat elektronik pula jangan diletakkan terlalu dekat dengan katil. Sebaiknya tidur dan bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari supaya anda berasa lebih cergas.

Sumber : Sini
Nak kenal dengan orang kerja syif, mata akan sentiasa kuyu, bengkak dan lebam. hahaha



Dalam banyak-banyak keburukkan kerja syif ni, ada jugak bagusnya. Yang paling nik suka, tak payah hadap jem. Walaupun nik tak jalan kaki je pergi kerja sebab jarak rumah dengan tempat kerja memang dekat, orang kata kalau kentut pun boleh dengarlah ! 

Lepas tu, time kita cuti tak payah lagi serabutkan fikiran kalau nak keluar ke apa. Konfirm tak ramai orang. Tengok wayang weekdays panggung memang tak penuh la kan. Shopping complex pun lengang je. Heaven la rasanya ! Apatah lagi bagi yang tak suka bersesak. haha. 


Kemalangan Maut, Mereka Tak Bersalah Jadi Mangsa.

$
0
0
Assalamualaikum.. 


Tarik nafas dalam dalam sebelum nak menaip kali ni. Awal pagi tadi rakyat Malaysia di gemparkan dengan berita yang terlalu menyayat hati dan tragis. Kes kemalangan maut yang berlaku sekitar jam 12.00 - 1.00 pagi di Lebuhraya Duke arah Damansara.


Yang menyedihkan nik, semua penumpang kereta pajero yang dilanggar oleh beberapa buah kereta Myvi meninggal dunia. Yang mana penumpangnya sepasang suami isteri dan anak yang masih bayi! Apa yang nik baca, bayi tu terpelanting keluar. Boleh bayangkan macam mana keadaan mereka.


Nik yakin satu malaysia kesal dan marah dengan apa yang berlaku. Ye, kita bukan nak menyalahkan takdir tuhan, dah ajal mereka kat situ. Tetapi yang membuat rakyat Malaysia marah kerana perlumbaan yang tak sepatutnya, orang lain yang tak bersalah jadi mangsa. Dan dua anak kecil menjadi yatim piatu hilang mak ayah sekelip mata. Lebih menyedihkan, mereka yang menjadi punca ada yang melarikan diri ! 

Tak mampu nak bayangkan macam mana perasaan keluarga dan kenalan rapat mangsa. Kita yang takde kena mengena dengan mereka pun rasa sedih dan geram, macam mana pulak dengan mereka? ?


Menitis air mata bila tengok video anak mangsa yang diupload, mungkin oleh kaum keluara mereka. Menangis tanpa mampu buat apa-apa. Hilang mak ayah di usia kecil. Ya Allah. Sebak.






Al-fatihah untuk mereka. Semoga anak-anak dan keluarga mereka yang terlibat tabah dan sabar. 

Harap juga, mereka yang bersalah di kenakan hukuman setimpal. Untuk kita, sentiasa beringat semasa di jalan raya. Malang tidak berbau.





Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..




{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015

Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 



3. Like Fanpage :



4. Follow instagram  :



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com


Aplikasi Dubsmash Makin Popular !

$
0
0
Assalamualaikum !

Sebelum start, sape yang kerja hari ni kita geng! sep ! 


Orite. Aplikasi Dubsmash Makin Popular ? Haaa. Kan? Dubsmash ni dah makin viral semenjak dua tiga minggu ni. Sampaikan artis pun duk tergilakan benda ni. haha. Dan semestinya menggelikan hati. Nik dok ulang tayang 3 4 kali pun tak puas tengok. hahaha. 




Antara yang menjadi kegemaran nik semestinya dubsmash dari heroin Rindu Awak 200%, Aida Jebat dan Tok Iti.. Haha. Tapi yang paling lawak dan cute tok iti punyalah. yang "do you think i'm cute? yes? hahahhaa" Setiap kali buka instagram Dato' Siti Nurhaliza mesti cari video tu.


Bagi yang masih tak tahu apa itu dubsmash, ia sebenarnya sebuah aplikasi dubbing atau miming suara yang boleh kita buat sendiri dalam bentuk video video pendek yang di hasilkan ni biasanya di upload ke instgram. haa. kat sinilah nik selalu tengok dubsmash lucu dan lawak..Bukan artis je buat denda ni, kawan-kawan nik pun ramai. Gelak sensorang tau !

Kalau nak tengok dubsmash versi artis-artis Malaysia korang boleh ke sini : 

Kompilasi Dubsmash Artis Malaysia. Untuk versi dubmash lawak yang lain boleh ke sini :Kompilasi Dubsmash Terbaik Malaysia. Tak kering gusilah korang nanti.



Teringin nak buat jugak, cepatlah korang install benda alah ni kat play store. Android boleh, iOS pun boleh. Make sure lawak tau ! 


Haha.. nik pernah buat sekali tapi buruk sangat aihh.. Geli tengok video sendiri. Tak jadi nak upload. kehkeh ! 



Skincare Babies Blink

$
0
0
Assalamualaikum..



Korang pernah dengar pasal Skincare Babies Blink dari LynaZ Beauty Care tak? Haa.. Ramai kot yang jual kat fb. Singgah je kat group Geng Bisnes Cikgu-Cikgu. Korang nak beli apa je, semua ada kat sana. Tinggal mak ayah je yang takdak. 


Dah bila ramai dok promote Babies Blink ni, nik pun apalagi terpengaruh la. Nak nak pulak kawan serumah guna dan nampak kesan yang positif, so nik pun berbesar hati nak try. Tapi masa mula-mula beli tu beli yang set percubaan je. Sebabnya, poket kering. Hahaha.




 Yang atas sabun pencuci muka, yang bawak pulak krim siang.




Bila pakai dekat 2 minggu dah nampak perubahan. Ada kawan tegur nampak lebih cerah. Berbunga la kejap hati den! haks.. Set percubaan Babies Blink ni katanya kawan ni untuk seminggu je. Tapi  nik pakai tahan sebulan ! Haaa. boleh bayang dak? Jarang pakai satu hal. Sayang satu hal. Malas pun satu hal.. Kalau pakai pun nik just guna krim siang, serum  dan sabun pencuci je. Yang dua lagi tu tak terusik sehingga entry ni dihasilkan. Dah dekat 3 bulan dah rasanya. haha. 


Bila dah habis set trial krim siang dan sabun nik tu, nik dah tak sambung pakai dah. Takdak mood dah nak beli online sebab barang selalu sampai lambat. So, muka nik ni tak bercuci secara molek. eh! 

Alhamdulillah nasib baik la muka ni jenis yang tak sensitif. Just ada masalahkulit kusam dan berminyak. Niat ni cuma nak kurangkan kekusaman kulit. Dan nak putihkan sikit jeee.. hehehe.


So, tadi bila sroll fb, nampak ada seller yang boleh buat COD Babies Blink ni. Teruslah nik pm dia. Petang tadi terus dapat. Happy aiiii. Malam ni nak try pakai balik. Harapnya okeylah kan.


Kat bawah ni antara kelebihan set skincare babies blink yang nik ambil dari si penjual. hehehe.. Dia bagi copy. 

99% kandungan Set Babies Blink mengandungi :
1. Pati Ibu Putih
2. Krim Glutathione
3. Pati Buah Berry + Susu Madu


FUNGSI NIGHT MAGIC BABIES BLINK :
✔ Halus dan segar tanpa sebarang cela dan jerawat
✔ Memudarkan parut-parut hitam dan parut jerawat dan kesan terkena minyak dan air panas
✔ Boleh digunakan seawal umur anak gadis 12 tahun
✔ Pipi menjadi "pinkish"
✔ Pencerahan yang berganda dan cepat tanpa sebarang pengelupasan
✔ Kulit menjadi gebu dan kenyal seperti bayi


FUNGSI LAIN NIGHT MAGIC BABIES BLINK :
✔ Melicinkan struktur kulit wajah
✔ Mencerah 5x ganda dan melembutkan kulit selembut kulit bayi
✔ Berkesan dalam masa 24 jam
✔ Mengecilkan pori-pori muka
✔ Mematikan jerawat
✔ Membantutkan pertumbuhan jerawat



Side effect? Masa nik pakai dulu, takde pulak nampak side effectnya. Tapi apa-pun nik rasa, apa jugak jenis skincare tak kira mahal atau murah ianya bergantung pada jenis kulit muka kita. 


Nak try cuba dulu krim siang dan sabun pencuci muka Skincare Babies Blink yang nik baru beli Sekali Lagi ni, kalau okey nanti kita cerita lagi kat sini. Harapnya nampaklah kesan positifnya ye. hehehe




HOW OLD DO I LOOK?

$
0
0
Hi Assalamualaikum korang ! 

Betapa pantasnya dunia sekarang! Semua kat hujung jari. Nak masak google. Nak makan google. Nak pergi mana mana google. Semua google. Sekarang nak tahu umur seseorang tu pun guna google. hahaha. Tak de lah. 

Google umur guna HOW OLD.NET . Satu web aplikasi yang menyeronokan bagi nik. hahaha. How old dot net ni boleh scan umur kita guna gambar kita. Upload je kat situ, tak sampai lima saat keluar umur korang. Yang bestnya, umur yang how old.net bagi tu tak betul pun. 

Tengok gambar kat bawah ni. Nik try buat guna muka sendiri..

HOW OLD DO I LOOK?


Eh eh.. boleh pulak dia kata nik ni memiliki dua umur yang berlain... apa daaa.. Dahla dia teka salah. Eh, tak lari sangat dah sebenarnya jawapan tu. Umur nik 22. so, kira okeyla kan?

Lepas tu nik ada letak gambar faizal tahir, ada ke patut dia bagi umur FT 55 years old?? Gelak sensorang masa nik buat tadi. hahhaha.  

Nah. sekarang korang pulak try dengan benda alah nI. Tengok berapa agaknya umur korang yang dia dapat teka. Kalau terlebih tua, padan muka.. hahaha. jahat kan?  Benda ni just for fun je korang. Lek lek je okeyy..

Bai bai.


Segmen Cash by Inani Hazwani

$
0
0
Assalamualaikum..






Marilah sama-sama merajinkan diri join segmen dari rakan rakan blogger ye kawan-kawan. Support each other gituu.. Kalau ikutkan malas nau nak buat entry, tapi ku gagahkan jua sebab hadiahnya cash ! haha. mata duitan sangat. 

Dak aihhh.. segmen simple. Syarat simple.. Memang nik akan cuba join lee.. 





Viewing all 286 articles
Browse latest View live