Quantcast
Channel: Fatihah Fazlin
Viewing all 287 articles
Browse latest View live

Its March!

$
0
0
Hi Assalamualaikum.. 

Huaaaaa.. menangis sedu sedan keluar anak tekak bila buka blog.. kering terkontang kanting tanpa dipedulikan tuan. Ohhhhh.. its march beb.. tapi ambe tak tulis sepatah kata pun kat sini bulan ni. Apakah ini petanda kesibukan melampau.. atau blog akan berkubur.  Nehhii. Blog ni akan hidup selagi tuannya masih bernyawa... gitewwwww.. 




Apa khabar wahai rakan blogger sekalian.. para pembaca yang singgah? Sesungguhnya ambe tak dak kekuatan dan keazaman untuk menulis. hahaha. Insyaallah lepas ni kita cuba gigihkan diri. Cari bahan yang bermakna untuk dikongsi di sini.Hehehhe.. 

Sedar tak sedar..orang kelate kata kelip pah kelip pah... dah pun masuk bulanMac . Malah bulan Mac pun dah di pertengahan 2015.. Kurang 15 hari lagi kita akan berdepan dengan GST. Banyak yang tak puas hati.. tak kurang ramai yang menyokong. Heee. Ambe...? Hummm. Kalau semua benda mahal, tak berasap la dapur.. Tapi harap harap leee GST ni sekadar mainan PM kesayangan.. hehehe.. 

Okeee.. stop pasal GST.. nak cerita pasal blog.. dunia blogging.. blog ni dalam proses nak tukar domain dah.. hehehe.. insyaallah.. akhirnya akan bertukar jugak.. dah lama mengidam nak guna domain dot com. Kikiki.. Selain tu.. tahniah jugak untuk pemenang iphone 5s yang bertanding sama-sama dengan nik dulu kat blog denaihati.com. Usaha korang berbaloi baloi bak hang.. hehehe.. Selain tu.. Tahniah jugak untuk #kelabbloggerbenashaari sebab semakin melebarkan sayapnya.. korang semua memang terbaik.. hihi.. 

Nak cakap apa lagi eh.. 

Banyak sebenarnya tak cerita tapi.. tunggu entry senterusnyalah.. wiwiWi. Siapa yang sudi... meh follow instagram nik.. @fatihahfazlin333 nanti mention nik, nik akan follow balik . Tapi jangan follow lepas tu unfollw balik.. takk sukaaa yang amat manusia jenis tu. Kekee. 

Baiiii. 



Movie Review: Chappie

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Movie Review: Chappie| Sementara mood ada, baik ambe tulis cepat kan. Nanti tak tulis, menyesal pulak. hihihi. Korang dah tengok movie CHAPPPIE? Belum? Alaaa..rugi tau sebab cerita ni best *my personal oppinion la* lain orang lain citarasa, maka pendapatnya pun lain. 

Cerita macam ni, nik suka sebab senang nak hadam. Tak yah nak fikir apa, just tengok.  bila habis keluar panggung. releks. Nik p tengok movie ni kat centre point, sabah. Tak ramai manusia sebab hari isnin malam. Kalau weekends, tak ingin la nak p tengok, penuh! nak jalan pun tak sanggup..





Okeyy.. meh nak cerita serba sedikit pasal cerita CHAPPIE.

Cerita bermula bila si Deon ni mencipta satu chip baru..before this memang dia banyak cipta robot untuk kegunaan polis(droid). chip baru tu di pasang dekat robot droid yang dah musnah. Robot dengan chip baru ciptaan Deon ni, menariknya tak sama dengan robot yang sebelum ni. Robbot baru ni ada jiwa. Sama macam manusia. Malah dia lebih berperikemanusiaan!  


 Comel tak chappie? hehehe

Dalam pada deon nak test robot untuk chip baru ciptaan dia tu, dia di culik oleh geng gangster. Tujuan mereka culik deon sebab mereka tahu deon boleh buat sesuatu untuk tolong mereka dapatkan duit untuk bayar hutang or something like that la.. mereka paksa deon untuk hidupkan robot yang dah musnah tu.. 

Then.. lahirlah CHAPPIE dengan rupa droid(polis) tapi memiliki akal budak-budak..macam baby. part ni lawak. satu panggung ketawa.. me tooo! hahaha. Chappie di ajar untuk mengenal sesuatu. Semasa proses pembelajaran tu, bermacam benda lawak la yang berlaku. Chappie tinggal bersama gang gangster iaitu Ninja, Amerika dan Mummy(watak perempuan,chappie panggil mummy) hehehe. 


 mummy..ninja..amerika...chappie

Macam macam berlaku kat Chappie. Ninja nak gunakan chappie untuk buat rampasan sebab nak bayar hutang. dia banyak putar belitkan keadaan sehingga chappie terjebak sama. Rakan sepejabat deon pulak marah kerana hasil kerjanya tidak diterima. Dia plan untuk balas dendam. So masa ni banyak la situasi cemas.  banyak watak meninggal. 

Endingnya sedih sikit.. huaaa.. nik pun terkeluar air mata. dah tak mampu nak tahan.. tapi agak tak logik pulak, yang nak meninggal/dah meninggal boleh hidup balik as a robot.. hummm. Tak nak cakap banyak, overall not bad la movie ni. Mungkin boleh bagi 7/10 kot.. hehehe..  

So korang kalau nak tahu the real story CHAPPIE, kena tengok lah ye. :)


Sakit Tapak Kaki

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Sejak kebelakangan ni, dalam dua tiga minggu la.. kaki nik selalu sangat sakit. Especially waktu pagi lepas bangun tidur.  Seksa nak berjalan. huaaaa.. Nik ada tanya kawan apa penyebabnya...dia kata mungkin toksin dalam badan banyak sangat. Betul ke eh?  hummm. Kalau betul nak kena buat apa ? 

motif letak gambar ni???


So untuk perkongsian, nik google la "sebab-sebab sakit tapak kaki waktu pagi". Mana tau, ada antara korang alami masalah macam nik. 

Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki - nik rasa ni sebab kenapa tapak kaki nik selalu sakit..
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana mencegahnya ?
 
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.

Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics

Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
– balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
– bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?
* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar

Lepas ni, nik dah nak start tuam ais kat kaki. Tak tahan la asyik sakit je, nak jalan pun macam tak imbang.. hahaha.. dah la gemuk.. :P Masa mula-mula sakit hari tu, tak delah teruk, sebab sakitnya awal pagi je.. sekarang dia menyerang bila-bila mana, di mana-mana. Jalan pun cover sakit. Tak nak orang tahu.


*kredit sumber

Asam Pedas Untuk Dia

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Asam Pedas Untuk Dia | wehuuu...Alkiasahnya hari tu tertengok promo episod ke berapa entah drama Asam pedas Untuk Dia ni kat Youtube. Eh.... macam best je, nak nak pulak masa tu tengah teringin nak makan asam pedas. hehehe..

Promo best, apalagi gigih nik carilink untuk tonton online. Tak tengok kat Tv dah sebab dah lama tak tengok tv. Lagipun tv sekarang banyak iklan jeee.. tak suka nauu. Nanti kalau ada rezeki lebih, nak p beli novel dia pulak..heeee. Best kot cerita ni, tak boring sangat.

Moh baca sinopsis kat bawah ye..



JUDUL : ASAM PEDAS UNTUK DIA
EPISOD : 24 episod
TARIKH : 10 Januari 2015 (Sabtu & Ahad - 7 pm)
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PENULIS NOVEL : Nureen Mirza
TERBITAN : Frontrow Pictures
PELAKON : Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman
WATAK DAN PELAKON
   
Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya
Shukri Yahaya sebagai Ziyad
Adella Aryana sebagai Farhana
Juli Farhana Marin sebagai Syafinaz

SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA
Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.
Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.
Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.
Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya.
 
 
 comel je dua orang ni berlakon... hehehehe





Tinggal beberapa episod je lagi drama Asam Pedas Untuk Dia ni. Kalau rasa nak tonton online cerita ni boleh ke laman web www.layanjer.net . Nik tengok kat situ je drama ni. hehehe. 

Selamat menonton!

Alternatif Lain Untuk Kurus Selain Diet

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Kalau korang ada terbaca entry nik yang sebelum ni, mesti korang tahu nik ada mengamalkan diet atkins.. hehehe. sebulan jugaklah tempohnya.. And guess what.. nik turun dalam 7kg gituuu..fuhhh.. alhamdulillah la, walaupun tak nampak sangat penurunannya ssecara fizikal, tapi kira okeylah. 

Serakang ni nik masih latih diri untuk diet, tapi tak buat atkins dah. hehehe.. Kenapa? hahaha, tak menahan nak makan nasi. Kehkehkeh. Nak buat atkin memang betul-betul kena kental. Nik respect la dengan mereka yang buat Diet Atkins berbulan bulan ni.. sampai ada yang paling hebat nik pernah baca ada yang dari berat 90kg boleh berkurang sampai 50kg.. hebakk ahh...

Nik pun memula plan nak buat selama 3 bulan tapi tak kesampaian.. kehkehkeh. takpe, kita cuba cara lain. 
 
Kalau ada antara korang berminat nak tahu pasal Diet Atkins boleh refer  entry sebelum ni... Ketosis Dalam Diet Atkins,Cara shopping Atkiners, Diet Atkins: Induction fasa 1,Diet Atkins Serasikah?.
 
Tapi sekarang nik nak share beberapa alternatif lain untuk kurus.. hehehehe. Benda ni tak menjanjikan "buat hari ni, esok terus kurus". Korang kena usaha banyak. Terlalu banyak! Terutamanya yang mengalami masalah obesiti melampau. Bukan setakat JAGA MAKAN. Bukan setakat BERSENAM. Kita kena gabung dua-dua baru resultnya meletopsssss...dan nik sendiri try so hard untuk kedua-duanya. Selagi termampu. 
 
Kadang ada jugak mengelat. Makan eskrim magnum la. Chipsmore la. kekekeke *Jangan tiru aksi ini*
 
So, here we go : Alternatif Lain Untuk Kurus Selain Diet
 
1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 
 
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
 
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
 
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
 
5. Badan Langsing Selepas Bersalin: Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara (Halia Cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
 
6. Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.   
7. Petua yang mudah dan kos yang murah untuk mengempiskan Perut. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 
 
Benda ni senang je kalau ada bahan-bahannya kan? Sape-sape yang tengah gigih nak kuruskan badab=n macam nik ni, jom sesama try. Manatau berkesan. Tapi jangan lupa jaga makan dan jaga senaman. hehehe. Selamat mencuba :)
SUMBER
































Bila Manusia Dah Tawar Hati

$
0
0
Assalamualaikum.


Masalah hati dan perasaan ni, payah sangat kita nak jangka. Kita boleh saja rasa dan alami pelbagai perasaan. Tapi satu yang boleh buat kita "okey, aku dah penat nak fikir" maka, masa ni rasa tawar hati tu akan muncul tiba-tiba. 




JAGA-JAGALAHLAH!

Akan terlalu payah bila manusia dah mula tawar hati. 
Akan jadi sukar untuk memeriahkan hubungan andai benda ni terjadi. 
Betul..

Bila hati dah tawar, perasaan tu akan sedikit demi sedikit akan pergi, ibarat di bawa angin.
Benda tak nampak. Susah nak terang. 
Tapi hati bila ia merusuh, semua jadi sebu. 

Jangan pernah harap lagi ada kata pujuk. 

Jangan harap lagi ada pihak megalah. 

Sebab semua tu payah. 
SEBAB bila tawar hati, rasa pun menghilang. 
Jiwa pun mula "KUAT" untuk kata tidak, menolak.

Jangan pernah, biar manusia tawar hati dengan kau.
Lebih lagi jika manusia itu wanita.
atau mereka akan kosongkan hati,
dan kau akan selamanya "tiada". 


Air Detox untuk Kurus Dan Buang Toksin

$
0
0
Assalamualaikum... 

Hi korang.. Sana sini orang duk bercakap pasal GST. GST itu GST ini.. haihhh... setakat ni, banyak keburukkan la yang nik dengar. Korang acano? Tapi cakap banyak pun buek abis air liur je. Sapelah kita untuk mereka duduk dan dengar.. kann.. 

So. tinggal sekejap pasal Gst, sekejap je sebab sampai bila-bila kita akan ingat 1  April 2015 ni.hehehehe. Meh la kita usaha kurus dan fitkan badan. Ngee. Nik? Masih gemuk lagi, tapi sejak berkecimpung dalam arena diet dan workout ni, rasa badan makin ringan, tak mudah letih, jalan jauh pun tak mengah dah.. dan yang paling best sakit tapak kaki yang ni duk alami selama ni dah tak rasa dah.. alhamdulillah.. dengan izin Allah.. 

nik minum air detox dua hari sekali.. Letak lemon+timun atau buah oren + lemon+ timun atau lemon + limau nipis. Simpan dalam peti ais 5-8 jam(Semalaman pun boleh)


Okeyy.. meh nak cerita apa yang nik buat untuk hilangkan sakit tapak kaki tu.. ni nik ceduk ilmu dari pelbagai tips yang nik baca tau.. ada orang kata sakit tapak kaki masa baru bangun tido sebab dalam badan banyak toksin. Nik pun..eh. Macam betul jugak. Sebelum ni, mana pernah nik ambil kisah apa semua toksin dalam badan. Baca punya baca.. ada yang cadangkan buat air detox. 

Selama ni kita tahu air detox ni memang bagus dan di syorkan kalau kita nak kurus kan.. sebab ianya mampu buang toksin dalam badan.  SEBAB nak buat air detox ni tak susah, nik try jelah.. dua hari sekali selama 3 minggu ni dah amalkan air detox ni. Start minggu kedua, rasa sakit kat kaki dah kurang.. alhamdulillah. Nik tak tahu macam mana dia berfungsi.. tapi ni betul-betul jadi. Nik tak dak sapu apa-apa ubat pun kat kaki. Makan apatah lagi.

So korang kalau ada masalah sakit tapak kaki macam nik, apa kata cuba buat air detox ni. Mana tahu serasai dan berkesan..

Selain tu.. kalau korang nak tahu banyak sebenarnya kebaikkan air detox nii. Antaranya ialah.... 
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • buang toksin dalam badan 
  • mencuci usus yang kotor
  • mencantikkan kulit sebab ada vitamin C
  • mengurangkan masalah selesema & sakit kepala
  • mengurangkan sakit tekak
  • elakkan sembelit

Serius.. bab nak mengelakkan sembelit tu menjadi dengan nik.. Alhamdulilah. So korang apalagi.. jom berdetox reramai. Usaha paling penting..  Dan air detox ni memang nik sengaja amalkan sebab nak menurunkan berat badan sebenarnya. And please, benda ni tak bagi effect "hari ni buat esok kurus" ya.. tolong faham. Kepada mereka yang tengok nik masih gemuk, terimalah Seadanyaa.. giteewww.. hahaha.. 

Kena usahala kan.  So, petang ni mohla kita ke gym... bakar sikit apa yang tak perlu. Sebab dah seminggu badan ni berehat. 



Jaga Dengan Agama.

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Semenjak kenal dengan Dr. Anwar Fazal tunang kepada blogger kesayangan ramai  Fatin Liyana ni, nik follow terus twitter beliau. Mana taknya, setiap kata-kata yang beliau share, setiap gambar yang dikongsikan memang menusuk kalbu dan memberi pengajaran. Itu yang penting! ! 



 Jika sudah jumpa,jaga 'dia' dengan Agama kerana hanya dengan itu kamu mampu kecapi bahagia Sedutan


Yerpp.. Alangkah indahnya kalau hati dah jumpa dengan 'dia', dan masa tu kita dapat jaga hati dan perasaan kita dengan betul. Agar tak tersasar. Agar rasa yang wujud itu dalam redha Allah. Payah? hmmm.
Memang payah. Tapi kalau manusia lain boleh, kenapa kita tidak? Sedangkan dia juga punya fitrah yang sama.

#hatimohonberubahjadilebihbaik
#allahsuka
Ohhh..
sini link twitter Dr. Anwar Fazal ye..  

dah...
Meh la follow twitter nik jugak. 
Mention je FATIHAH FAZLIN akan follow balik tanpa unfollow... giteeewww.. 


 

Pengikut Setia Lara Alana di Instagram !

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Baru baru ni, gempar berita Awal Ashaari kemalangan. Tapi alhamdulillah awal tak cedera teruk. eh.. Nik bukan nak bercerita pasal artis tapi nak bercerita pasal kecomelan anak artis, awal Ashaari dengan Scha Alyahya ni. Ohhmaii.. Melting tau dak tengok anak depa. LARA ALANA !!!



Serius! Sungguh !! Awak comel sangat sangat Lara. 

 Dan terlalu adoreble. Too cute. Sampai setiap hari dok belek instagram awak tau... duk tunggu mummy daddy awak post gambar dan video awak...Kita peminat no 1 awak rara... :P


  Comel macam anak patung. dan saya rasa macam nak gigit je!








Pemilik blog fatihah fazlin adalah follower tegar Lara Alana di instagram. Selama ni, dia yang tak pernah rajin nak komen kat instagram artis terpaksa komen sebab nak tengok Lara Alana. Lara buat pemilik blog rasa bahagia. Lupa sekejap masalah lain. Jadi seronok bila tengok lara. 

Lepas ni mungkin akan ada entry pasal budak cute ni lagii.. hehehehe..


Menu Diet Atkins

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM.. 

Hi. Selamat pagi pembaca budiman. :)

Menu Diet Atkins | Dah baca pasal diet Atkins ke korang? Berminat nak kurus? Meh teroka entry Diet Atkins 1 , Diet Atkin Induction(fasa 1) , Cara-cara Shopping Atkiners , Ketosis dalam Diet Atkins , dan last sekali Air Detox untuk Kurus & Buang Toksin . Baca satu satu kat setiap entry eh. Insyallah, menjadi.

Ramai yang cakap, diet atkins ni tak elok, tapi semuanya bergantung pada korang sendiri. Yang penting jangan diet kalau korang tak tahu apa itu diet atkins. Dan sebolehnya kaji dulu pro and contra kalau korang buat diet ni. Kalau rasa banyak keburukkannya, jangan buat. Itu je.

Menu Diet Atkins.
Nak tahu apa yang atkiners selalu makan? Haaa. yang paling utama adalah telur, ikan dan ayam. Macam nik dulu, memang banyak makan telurlah. Murah. Tapi tetiba kena alergik telur. Ohh.. selama ni okey je. Maybe sebab overdose kot.. hahaha.. 

So, start pada tu, nik kurangkan pengambilan telur. Eh.. jap, sekarang nik tak buat atkins dah.. sebab.. tak leh tahan nak makan nasi. Tapi nik suka share kat blog ni sebab nik tahu benda ni berkesan dan menjadi.. untuk anda yang bersungguh.

Okeeeyy.. Panjang melalut. Menunya nggak ada lagi. heee.. Nik kongsi menu bergambar ye. semua menu tu, nik sediakan sendiri bersumber dari perkongsian dalam group. So, kalau korang nak cuba buat, di persilakan.. :) 





Bayam Bilis. Kasi basuh dulu ikan bilis hilangkan masin. Dalam diet atkins kena kurangkan masin, kalau boleh takyah la bergaram bagai.


 Telur rebus + sardin



Tak tahu nama apa.. goreng telur kasi nipis. Pastu balut kan segala jenis sayur yang digoreng... nik tak goreng pu sayur tu.. just letak salad, timun jepun, carrot sikit..kacau dengan mayonis.


 
Ni sebagai kudapan tengah malam. Masa makan ni terlalu kelaparan. heeee


Ayam kepada nasi ayam. RM2 UNTUK ini. hehehe. Beli kat cafe tempat kerja.


Tomyam kegemaran zaman berzaman. Masak sendiri okeyy :P


Nampak macam tak sedap kan? hmmm.. Tomyam ayam + ikan singgang. 




Ayma goreng + sayur. Beli kat cafe jugak ni.



Yang nik nik masak sardin. Campur sekali dengan sayur sawi kalau tak silap.. campur juga dengan telur. MABELES. Nampak je tak sedap ni, tapi rasa masyaallah punya sedap.. hehehe


Apa ni?????



Telur di goreng dengan sayur



Ni kengkononnya nak buat nasi goreng ala atkins.. Tapi tak menjadi.. Rasa pun tak sedap mana.. tapi cubalah korang buat, mana tau sedap kan..



Bebola daging atkins. Makan dengan daun salad, timun jepun, sos nandos dan mayonis.



Tak tahu la ayam masak apa ni. Beli kat cafe, tolan ajolahhh,, hehehhe


 

Banyak lagi menu/makanan lain.. Tapi cari dalam fon tak jumpa pulakk. Lupa dah ni save kat bahagian mana. NANTI kalau ada jumpa nik share kat sini ye. So korang jangan lupa masak sedap-sedap. Diet atkins ni  diet untuk makan sedap, cuma tak leh ambik carbohydrate je. Hehehe. Susah eh? nik rasa benda akan jadi senang kalau kita betul-betul tekad nak buat. Kan ??


Pelamin Simple 2015.

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM...

Pelamin Simple 2015. Tak tahu kenapa nik suka sangat share kat blog benda berkaitan perkahwinan ni. Maybe sebab lumrah orang perempuan kot, pantang tengok baju cantik, calour cantik, pelamin cantik.. perasaan tu jadi lain. Hahh.. lain macam mana entah !

Okeyy.. Bagi bakal-bakal pengantin sekelian alam.. masih adakah di antara korang yang masih tertanya tanya dan mencari pelamin yang cantik lagi gojes dan simple untuk hari perkahwinan korang??? aiseyy..

Emeldabeautique
Emeldabeautique 


Dua pelamin pertama ni, memang nik berkenan habis, cantik yang amat!!! Pelamin idaman nih tau. Kombinasi warna tak sarat. Simple. Deko lain jugak simple.  Korang kalau rasa berkenan p singgah dekat Emeldabeautique. :)


Yang bawah ni pulak ni berkenan sangat dengan rekaan panel(i think la..tak tahu nak sebut apa) dia yang besar tu. Untuk info, nik teramat tidak suka pelamin yang berpanel. Tapi yang ni just nice. Cantik! Pelamin ni dari Azikacollection.


Azikacollection

Seterusnya pelamin menarik hati nik kat bawah ni tak dapat nik cari dari mana tukangnya.Tapi link ini orang yang bertanggungjawab mengambil gambar pelaminnya. Tapi nampak macam mahal kan? Cantik memang cantik. Tapi kalau nik, rasanya tak mampu kot.




Kalau nik, memang i prefer Diy. Kalau boleh semua nak buat dengan tangan sendiri. Tak cantik takpe, yang penting jimat. hehehe. Yang lagi penting pelamin tu simple. Tak sarat. Tak warna warni. Tak macam hutan hujan tropika. Just simple and nice macam pelamin-pelamin kat atas ni.. hoyeeyyyy.. :P Berangan jek dulu ni. 

Korang pulak rasa-rasa nak pelamin yang acano? 


Tak Nak Tutup? Baca Ni Dulu..

$
0
0

Assalamualaikum.. 

Salam Jumaat.

 

Dua tiga hari lepas, nik ada baca sebuah artikel perkongsian dari blog Akuislam.com. Tentang aurat. Penting dan bermakna. So, suka nik share kat sini:) 

 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? 

Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? 

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. 

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. 

Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).

Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)



.

 

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. 

Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. 

ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir
.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. 

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”– surah an-Nur ayat 31
.

credit: PakarHowTo


Nik pun bukan baik sangat, bukan orang alim..
Nik bukan siapa-siapa, tapi suka untuk berkongsi perkara baik kat blog ni. 
Insyaallah selagi ada yang baca, pahalanya mengalir. Aminn
 

Nikmat Mana Lagi Yang Kamu Dustakan?

$
0
0
A021
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:21) 



BISMILLAH...

aku terkadang penat merasai lelah
aku terkadang perit merasai susah

waktu berlalu dan aku masih lelah mencari senang
masa terus berdetik dan aku masih susah mengenal bahagia

kenapa tidak tuhan takdirkan aku yang baik sahaja 
kenapa tidak tuhan berikan aku yang suka sahaja
biar aku tidak bersusah payah
  
kerana penat dan lelah itu
aku banyak merungut 
pada sangkaku, dunia tidak adil

sayang aku tidak sedar
bukan...
aku nafikan hakikat, perancangan tuhan bersebab
  
aku pandang kanan,
ada makcik buruk bajunya
aku pandang kiri,
ada gadis tanpa wujud suaranya

aku toleh sebelah,
ada mereka bergelandangan tanpa rumah
aku toleh lagi,
ada dia yang tak punya ibu mahu bapa 
aku tuju kedepan
dah aku sedar 

aku...

masih mampu beli sepasang baju untuk beraya
masih mampu menggunakan segala fizikal
masih mampu beli cadar baru untuk katil empuk
masih ada mak abah yang selau titip doa untuk aku 

maka...

nikmat mana lagi yang aku mahu dustakan?
sedang, Allah tahu apa yang aku tak tahu..

Allah.


 


 

Done it : Fast & Furious 7

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM..

Fuhhh. Akhirnya terlepas jugak hasrat yang dah sekian lama tersimpan! Apanyaaaa.. Apa lagi kan sekarang ni tengah demam Fast And Furious 7. Ai pun salah satu antara yang kedemaman la. Mengidam ooii nak pergi tengok cerita ni kat panggung. And jeles bila kat wasap, facebook, wechat orang duk update dah p tengok cerita best ni. huhhh..

Nasibnyaaa. ada kawan rumah ajak p tengokk.. Plan nak g hari Ahad, tapi tak jadi.. kelmarin dulu(selasa) baru dapat g. Midnight punya. Terpacak kami 3 orang depan Centre Point Sabah jam 11.30malam. Huhuhu. Jarang ni dapat keluar malam , tapi demi FF7 ku gigihkan juaaakk..




Dah tu, nik dengar kehebatan FF7 ni mlampau sangat, sampaikan pecah rekod box office kat Malaysia ni. Perghhh.. memang hebakk ahh. Kalah Transformers kannn.. Patutlah ramai yang demam tak kebah kebah. hahaks.

Dalam satu cerita semua cukup. Kombinasi racing, fighting, stunt, hubungan persahabatan dan kekeluargaan.  Kecuali bab agamalah(islam). Cerita omputih kan.. biasalah. Dan.. setiap kali aksi bahaya, jantung ai macam nak gugur okeyyy..tak senang duduk! 







Tiga babak kat atas ni nik rasa yang paling dramatik ever and everlah. 

Yerp.. banyak jugak babak yang tak logik, tapi bagi nik.. nik bukan nak ambil kisah part yang tak logik tu pun. Nik tengok cerita Fast & Furious 7 ni bukan dengan harapan benda ni akan perfect 100%, as long as ceritanya menghiburkan(even part last tu sedih). hahaa. Sesapa yang belum tengok, baik p tengok le cepat-cepat. Serius best! Serius tak menyesal walaupun beli tiket ada GST!

FAST 7 doesn’t aim for logic or rationale. It aims  for fun and entertainment. It hits the mark. We get some of the most over-the-top action sequences to ever hit the silver screen. The highlight was a multiple car skydive (yeah, you read that right – take that POINT BREAK), followed by a long road chase with a long line of cars and a fully weaponized transport. This set-piece was just a long line of me saying “Oh shit” over and over.


So. What say you?


 

Seronoknya Dapat Cashout Nuffnang !

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM.

Hi korang! ! Memasing mesti tengah sibuk kan? Almaklumlah hari isnin. Nik pun baru habis kerja, Jam 5 kejap lagi sambung OT. Ni fefiling nak rehatkan diri. Penat. Hahahaha. bukan merungut sangat, tapi dah namanya kerja dan buat kerja..memang penat la kan?

Haiihh.. Tajuk tu sesaja je berangan nak cashout akaun nuffnang. Berangan je dulu ni. Entah tahun bila boleh cashout nuffnang. RMnya masaih belum sampai ke satu tahap yang best untuk di cashout! hahaha. Nak beli Go Pro dengan tabungan nuffnang ni boleh dak? Agak-agak kena tunggu berapa lama lagi?





Nik kepilkan iklan yang masih on going kat akaun nuffnang nik. Humm.. korang kalau singgah sini tolong tolong la klik ye.. hehehehe:P Banyak iklan, tapi earning tak berapa nak laju.. kuikui.. 






Contest Buy AVON Online.

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM,...

Memandangkan hari ni hari bosan sedunia, nik mencuba nasib untuk join contest dari blog Avon Online Malaysia :P Dengan harapan nak menang lah kan? hehehe. Disamping nak menyokong contest yang mereka anjurkan. Jangan tak tahu, banyak tau kelebihan join contets ni. 





Hadiah??? mestilah menarik kan...

5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10

So, korang kalau ada yang free jom join contest ni:) Tekan je banner kat atas tu. 

Sekian.



Buah Hati ..

$
0
0

Assalamualaikum..

Attention Please !

Nak buat satu pengumuman penting ni. Harap korang bersabar dan terima dengan hati terbuka ya.:) hahahaha..

Nak bagitahu, nik ada buah hati baru. Hazama namanya.-___- 
Mesti ada yang meluat dengan entry berani mati ni kan? 



Jangan tengok buah hati ambe lama lama eh! 

Amaran LAGI.. Jangan tengok lama2 okeyy..


Biodata Ringkas Hazama

Nama Sebenar: Hazama Bin Ahmad Azmi

Nama Artis: Hazama

Tempat Asal: Keramat, Kuala Lumpur

Umur: 29 tahun

Pekerjaan: Artis, Model, Penyanyi, Pelajar UUM

Personaliti:Seorang yang peramah, ceria, kadang-kadang banyak cakap, senyum, pemarah dan nakal.


Haaaa... hazama nilah buah hati ambeee.. Okey dak? Kehkehkeh.. Macam mana boleh terjatuh hati dengan Hazama? Opsss. Sebenarnya bukan jatuh hati kat Hazama lah korang. Iolsss jatuh hati pada kemerduan dan kesedapan suaranya. 

Kisah bermula bila nik tengok AJL hari tulah. Hazama bertanding lagu Malaikat kan? Pergghh. Suara meremang bulu roma beb! So, nik decide, he will be my fav artis. Ceh. Sejak hari tulah nik start follow Hazama. Add semua akaun media sosial dia. Keh keh! 

Melting tahap ais kat padang pasir bila dengar lagu dia, terutamanya Lagu Relakan Jiwa. Perghhh.. Beratus kali dengar tak bosan. Makin nak debgar adalah! Berat nanang kan? 



Ayam Masak Pedas Simple

$
0
0
Assalamualaikum...




Tetiba rasa rajin nak update entry, tapi blur nak update pasal apa. Bak kata otai, jangan biarkan blog bersarang. Jangan biar blog tak berisi. So, sekarang nak isilah. hehehe. Buka nak isi apa pun, just nak share resepi simple lagi senang dengan korang. Resepi Ayam Masak Pedas simple.

Sebelum ni, nik tak pandai pun nak masak Ayam Masak Pedas ni, tapi hari tu cuba buat, menjadi.. yeeehaa. Tapi masa tu tak terfikir pun nak snap gambar ke apa. Try kali ke dua buat Ayam Masak Pedas ni, baru terasa nak update kat blog. hehehe.. Idoklah sesedap mana. Tapi rasalah jugak ayam pedasnya. 

Meh nik share resepi Ayam Pedas yang nik buaat ye :)


Bahan bahan Ayam Masak Pedas:
8 ketul ayam di potong kecil - goreng separuh masak ye.
1sudu besar sos cili
1 cawan air
2 biji bawang besar - satu biji untuk dihiris dan satu lagi untuk dikisar
2 ulas bawang merah - untuk dikisar
2 ulas bawang putih - untuk dikisar
Halia - terpulang nak letak banyak mana - nik kisar je. hahaha
Serai - Sebatang cukuplah
8 tangkai cili kering -Untuk dikisar tapi sebelum tu rendam dengan air panas dulu.
1 biji tomato - belah 4 bahagian
Garam secukup rasaGula secukup rasa- nik letak secubit je
Minyak masak

Cara cara nak  Ayam Masak Pedas:

Memula panaskan minyak dalam kuali dulu.Agak-agak minyak dah panas boleh start tumis semua bahan yang dah kita kisar tu. Nik kisar guna blander sampai lumat.  Lepas tu masukkan sos cili. Agak-agak minyak dah pecah, boleh masukkan ayam yang dah kita goreng separuh masak tu. -_-

Kacau rata.. Masukan air. Kalau kata nak kuah banyak, boleh masukkan air lebih la. Takdak hal. Ada orang suka letak santan, nak bagi kuah pekat kan? Tapi nik tak boh pun, buat simple simple je.. Lepas tu masukkan serai.

Biar masakan sampai pecah minyak. Masa tu dah boleh masukkan hirisan tomato, gila dan garam. Secukup rasalah. Bila dah dapat rasa Ayam Masak Merah, kira siap dah tu..:)
 
Senang kan? Rasa menyesal pulak tak belajar masak Ayam Masak Merah ni masa muda-muda dulu. hahaha




Lagu Knock Knock By Elizabeth Tan

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM


Lagu Knock Knock By Elizabeth Tan | Makin lama, makin ramai artis youtube meningkat naik. Tak boleh jadi ni, nik pun teringin gak nak jadi retis youtube ni. Tapi dek sedar diri sora tak sedap, makanya duduk menaip blog jelah kita. ahaks..

Elizabeth tan? 

Kenal tak? Jarang kot tak kenal. Famous dah dia ni. Elizabeth Tan naik dengan lagu cover Pencuri dulu kalau tak silap. Sedap kot suara serak serak seksi dia tu. Tak puas dengar. Dengan lenggok dia nyanyi lembut je. Dahla cantik, Memang lagi cepat lah dia famous. Tapi suara dia tak leh sangkal, memang sedap pun kan. Unik.

Elizabeth Tan. Cantik kan?


**************************
Bulan bintang kau janjikan

Tidak aku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu

Kata manis kau beri

Ku terpikat belum tentu
Cakap memang murah
Oh, kau pun tau

Kiranya kau benar mahu

Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock

Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Knock knock

Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti

Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

Bukan mahu tunjuk diva

Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu

Kiranya kau benar mahu

Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock

Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Knock knock

Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti

Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

Satu, haruslah setia

Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum
Empat, ulangi dari satu

Knock knock

Mahuku hanya perhatian
Knock knock
Mahuku untuk kau buktikan
Jangan pernah kau abaikanku

Knock knock

Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Lagu : Knock Knock
Artis : Elizabeth Tan



Lagu ni dah beberapa bulan kot femes. Tapi nik baru terhafal lagu Knock Knock ni. Haaa..Biasalah, owner blog ni selalu lambat bab bab gini. Yang penting lagu ni sedap dengar kat telinga. Senang ingat. Catchy orang bilang.. hahhaa

Bai bai.



Puding Roti Kukus Sedap

$
0
0
Assalamualaikumm...

Puding Roti Kukus Sedap ! | Amboii sangat kan?? Tajuk kemain sedapnya. Betul ke sedap tu? haaa. Boleh la setakat nak makan kat tekak sendiri. Rasa jugaklah puding roti air tangan sendiri. Alang alang rajin semalam, nik buat jelah. Bahan pun dah ada. Cuma roti jelah, kirim kat kawan suruh belikan,


Mengidam nak makan puding roti sebernarnya. Tu yang pulun buat tengah malam. Semalam masa tengok cerita Percy Jackson rasa lapar, teringat puding roti. hehehhe. Terus p buat, masa tu dah dekat jam 12 malam.. Nik ni bukan biasa sangat nak buat puding apa semua ni. Malah tak pernag nak try buat pun. Ni mimpi apa entah. Macam dah minat dan jatuh cinta pulak nak main masak-masak. Dah mula suka masak. Tak tahu kenapa.

Malas la nak cerita panjang,, Meh la kita share sikit cara nak buat Puding Roti Kukus Sedap. Tak payah pun. Buat tak sampai 30 minit. hahaha


Bahan-Bahan Puding Roti Kukus.

Roti 8 keping (posotong kecil)
Susu Cair tapi nik guna susu tepung dan bancuhkan. Agak agak setin.
Telur 3 biji
Esen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1 sudu
Garam secukup rasa
Mentega 1 sudu

*Ini resepi ikut suka hati je ye. Nik tambah air sikit sebab takut keras sangat.


Cara Cara Buat Puding Roti Kukus.

Nak senang, guna blander je. Nik blend je semua bahan-bahan iaitu roti yang dah nik carik hancur 3 keping, susu, telur, esen vanilla, mentega, gula dan juga garam. Tambah sikit air(takut keras) hahaha tapi memang keras sikit puding roti ai.. Blend je semua bahan ni. 

Sediakan loyang. Susun roti yang dah dipotong. Tuang semua bahan  yang telah diblander tadi dalam loyang tersebut. Kalau rasa nak letak kismis ke apa sebagai hiasan pun boleh. Nik letak oat yang wholegrain punya. Nak kais nampak cantik sikit sebab tak de kismis. hehehe

Lepas tu kukus dalam pengukus dan kukus dangan api sederhana 15-25 minit. Bila dah siap kukus, sejukkan dalam peti ais.. Lepas tu dah boleh hidang. yeayyy!!!









Makan dengan milo panasss,.. huaaa. sedap jugak walaupun sedikit keras. Hahaha. 




Viewing all 287 articles
Browse latest View live