Quantcast
Channel: Fatihah Fazlin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 286

Perancangan demi Perancangan

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM.

Entah kenapa, seminggu dua ni rasa malas sangat nak update blog. Banyak benda nak kongsi, nak bagitahu, nak up kat sini, tapi bila buka dashboard... hummm.. hummm.. takat tulis ASSALAMUALAIKUM je yang mampu. Malas yang amat nak menulis bila perasaan tengah berperang ni.

Kot la kan ada yang ternanti entry kat blog ni... *baldi saiz paling besar mohon sediakan* bajet macam blog wajib singgah. Padahal orang tak sedar pun kewujudan blog ni. Kesian. Abaikan hal itu tuan puan. Mari kita bercerita benda yang lebih penting dan mapan. Eh!

Sedar tak sedar dah lama dah nik bermaharajalela kat Sabah ni. Perasaan pun dah jadi lain macam sangat. Tu yang duk kata berperang dengan perasaan tu. Dah lain dah.. Kalau sebelum ni, perancangan awal nak duduk sini lama-lama(dalam 5-7 tahun). Tapi sekarang. huh... kalau boleh nak apply pindah balik kelate masa ni jugak! 

 Aku ada kerna kau ada.. gambar takde kena mengena dengan cerita tapi sebab cantik kita letak sebagai penyeri entry ye :P kredit gambar di sini.


Kenapa begini ?
Tak tahu kenapa. Nak kata bosan, tak jugak. Kat sini best walaupun sejak kerja ni dah berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang kadang-kadang terlalu melampau sampai menitik ayaq mata.. Banyak benda nik belajar. Most important things, nik hidup sendiri dan berdikari. 

Masak sendiri(tak pandai pun), basuh baju sendiri(kat rumah campak dalam mesin basuh, kalau rajin basuh kalau malas mak atau adik akan basuh), buat apa-apa semua kena sendiri. Sakit beli ubat sendiri. Picit sendiri sambil tahan hati nak menangis. Perghhh.. Penat rasanya bila jauh dengan mak ni. Nak buat apa-apa macam tak de semangat dah. 

Awal-awal dulu kemain seronok duduk jauh. Sekarang, hari-hari meratap piluuuu ! 

Sebelum pindah, kalau boleh nak ada kenangan indah yang indah indah kat sini dulu. Lagipun nak selesaikan apa yang perlu dulu. Hujung bulan ni ada exam untuk pengesahan jawatan. Dah lulus apa semua baru boleh slow-slow isi borang balik ke negeri tercinta.

Nik plan, tahun depan nak apply pindah dah. Tapi tak tahulah dapat ke tidak, rasanya makan masa juga. Lagipun bukan senang kan nak pindah. Harap tahun depan boleh kahwin, lepas tu apply pindah sebab ikut suami !Eh Eh! Macam senang je kan. Dah cakap plan, benda yang di'plan' ni memang smooth je dalam banyangan. Tapi, realitinya perancangan kita hanya sekadar perancangan yang belum pasti macam mana jadinya.

Tapi nik percaya dengan takdir. Kalau Allah dah tetapkan nik akan berada di sini untuk masa yang lama, nik terima je. 

So korang, wish me the verry best eh.   

Kiranya, ini sajalah dulu nik mampu bercerita. Kalau ada yang baca, mekasih sudi singgah dan baca. Kalau tak de orang baca, nik baca sendiri apa yang nik tulis.,.. kekekekeee..

Sekian.
Salam sayang seribu kali sayang. ^_^



Viewing all articles
Browse latest Browse all 286